Pihak PDRM perlu telus didalam penyiasatan ini demi mengembalikan keyakinan rakyat.Saya juga menyeru kepada PDRM agar membebaskan diri dari penguasaan UMNO dan mereka hendaklah neutral dan dilihat sebagai neutral.
A PEN IS SHARPER THAN A SWORD
Pihak PDRM perlu telus didalam penyiasatan ini demi mengembalikan keyakinan rakyat.Saya juga menyeru kepada PDRM agar membebaskan diri dari penguasaan UMNO dan mereka hendaklah neutral dan dilihat sebagai neutral.
Pada pandangan saya memandangkan Hulu Selangor adalah kawasan pendalaman kita tidak boleh lari dari isu kemiskinan.Rakyat termiskin adalah penyokong tegar UMNO sebab mereka sekali sekala dapat bantuan UMNO.Justeru itu adalah lebih baik Pakatan Rakyat merangka dengna lebih tersusun program kebajikan untuk rakyat termiskin.Setiap individu didalam pakatan Rakyat perlu memberi sumbangan.Kita tidak ada sponsor yang kaya raya untuk membantu.Jangan jadikan masalah kewangan sebagia halangan .Bantulah setakat yang termampu.
Saya sendiri telah membantu dua keluarga fakir miskin penyokong tegar UMNO.Bantuan saya bukan banyak cuma RM80 satu keluarga sahaja setiap bulan.Barangan yang dibeli cuma bahan asas saperti beras,gula susu,kopi shj.Saya bantu mereka tanpa sebarang syarat dan saya tidka pernah membangkitkan topik politik .Cuma apabila tiba PRU 2008 saya berkempen kepada mereka sekali sahaja agar menyokong calon Pakatan Rakyat.
Apabila saya berjumpa dengan mereka selepas PRU 2008 ,mereka dengan bangganya memberitahu mereka telah mengundi calon Pakatan Rakyat dan DUN kawasan tersebut secara kebetulan sememangnya jatuh ketangan Pakatan Rakyat.Hanya dengan pertolongan yang sedikit saya tak perlu bersusah payah meyakinkan mereka.Mereka memberi sepenuhnya kepercayaan kepada kita.Saya minta maaf pada semua pembaca,bukan tujuan saya nak berbangga.Hanya nak menceritakan keberkesanan pertolongan yang sedikit itu.Pada golongan sebegini mereka menganggap " a drop kindness was like an ocean " pada sipenerima.
Program program kebajikan saperti ini wajar dibuat secara konsisten dan tidak bermusim.Jika bermusim maknanya sama lah kita dengan UMNO yang hanya nampak muka bila tiba pilihanraya. Kita perlu mencontohi Hizbollah dan Hamas.Mereka menjadi urat nadi kepada masyarakat Lebanon dan Gaza.Jika kita mengambil langkah yang sama, UMNO lebih cepat dapat ditumbangkan.
Walau bagaimanapun usaha usaha ini perlukan keikhlasan dan komitmen yang tinggi.Kita juga tidak boleh mengharapkan pujian atau bintang kebesaran.Kemungkinan besar tiada siapa pun yang tahu atau peduli sumbangan kita.Apa yang kita harapkan cuma keredhaan dan Allah SWT semata mata.
So,are we ready for that?
Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud) .....
Artikel seterusnya boleh dilayari dari blog http://bahayarokok.blogspot.com/
Ada banyak lagi .Lupa dah...Korang fikirkanlah samada betul ke hujah hujah mereka tu