Dr Zambry telah menyatakan beliau telah ditawarkan jawatan MB oleh Pemimpin Pakatan Rakyat sejurus sebelum DS Mohd Nizar diputuskan menjadi MB baru Perak.Poodahhh....Kalau nak auta tu biarla kena dgn plot dan skripnya.Nama beliau tidak pun disebut dalam perbincangan Pakatan Rakyat.Tiada sebab nak bincang pun. PR menang dengan majoriti 3 kerusi jadi nak buat apa nak pancing ADUN UMNO.Setau saya PAS ditawarkan jawatan MB oleh UMNO memang ada dan tidak sebaliknya.
Sebenarnya perbincangan bahawa DS Mohd Nizar sebagai MB telah diputuskan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Perak yang bermesyuarat seawal jam 8.00 malam hari PRU ke 12 apabila PR telah mendapat majoriti .Hanya karenah last minute pimpinan DAP Pusat dan PKR serta ADUN Behrang yang meminta terus dari Sultan jawatan MB sahaja yang menyebabkan perlantikan MB tertangguh selama beberapa hari sehingga Sultan sendiri memutuskan jawatan tersebut lebih layak disandang oleh DS Mohd Nizar Jamaluddin.
UMNO terlalu desperate sekarang.Segala auta mereka tak menjadi.Semakin mereka mengeluarkan kenyataan bohong semakin nampak tembelang mereka.Kalau mereka cakap yang betul pun susah orang nak percaya dah sekarang.Kredibiliti mereka tercalar teruk..
Adalah lebih baik pemimpin pemimpin UMNO menumpukan kepada usaha usaha membina kembali organisasi mereka .Auta takkan dapat membantu mereka membina kembali parti mereka.Malahan reputasi mereka semakin hilang disebabkan sifat sifat sebegitu.UMNO masih lagi menganggap masyarakat melayu saperti mana 30 puluh tahun dulu.Mudah ditipu dengan sandiwara mainan UMNO..
Your number is up UMNO.Either you reformed or be prepared to be thrown to historical dustbin.The choice is yours..
hahaha..poodah...gler kuasa pnye orang
ReplyDelete