Friday, April 2, 2010

Selamat jalan YB YB Lompat

Dengan keluarnya mereka dari Pakatan Rakyat maka berakhirlah karier politik mereka.Susah lah mereka nak menang kembali didalam PRU 13 nanti.Pertama UMNO tidak akan memberi laluan kepada mereka untuk bertanding.Keduanya jika mereka bertanding pun mereka akan kalah teruk,Mungkin akan hilang wang pertaruhan.Prestasi mereka sebagai wakil Rakyat amat hambar.Tidak komited,pemalas dan enggan turun ke akar umbi untuk menyelami permasalahan rakyat.Wajar sangatlah mereka menarik diri dari Pakatan Rakyat.
Rakyat memandang mereka sebagai korup dan tidak boleh dipercayai.Imej yang akan dikenang sehingga anak cucu.Sayang sekali malahan UMNO pun tak percaya kepada mereka.Mereka hanya membuka mulut di Dewan Rakyat untuk memberi justifikasi lompat mereka.Tak lebih dari itu.Boleh dikatakan tiada permasalahan rakyat yang mereka bawa keParlimen.Sedangkan mereka dibayar untuk membela rakyat.
Kemana mereka hendak pergi selepas ini.Adakah mereka menjadi kaya raya?Saya dengar cerita ada diantara mereka yangkena tipu oleh org org UMNO.Janji habuan sejuta tapi dapat RM100K aje..Apa pun kita bersyukur mereka telah keluar..

No comments:

Post a Comment