Pihak PDRM perlu telus didalam penyiasatan ini demi mengembalikan keyakinan rakyat.Saya juga menyeru kepada PDRM agar membebaskan diri dari penguasaan UMNO dan mereka hendaklah neutral dan dilihat sebagai neutral.
Sedih hati saya bila melihat gambar Adik Aminulrashid ni.Wajah yang innocent dan nampak bukan budak yang trouble.Kematian beliau adalah ditangan penguatkuasa undang undang sendiri yang sepatutnya menjadi a pelindung rakyat.Siapa lagi kalau bukan PDRM.
Mengikut cerita rasminya adalah beliau keluar pada pukul 12 malam untuk mengambil rakannya yang kerosakkan motorsikal bersama seorang lagi rakannya anak kepada pegawai polis.Beliau membawa Proton Iswara dan tergesel sebuah kereta mewah.Mungkin beliau panik dan terus melarikan diri dikejar oleh beberapa motorsikal.Kemungkinan penunggang penunggang motorsikal adalah rakan kepada tuanpunya kereta mewah berkenaan.Penunggang motorsikal terbabas dan Allahyaraham terus melarikan diri memintas kereta peronda polis.Anggota anggota polis berkenaan memikirkan Allahyarham ada terlibat didalam jenayah telah mengejar kereta Allahyarham diikuti oleh sebuah lagi kereta peronda.Drama kejar mengejar berakhir apabila kedua dua tayar belakang ditembak dan Allahyarham sendiri ditembak dikepala.Rakan Allahyarham pula telah dipukul oleh polis polis berkenaan dan berjaya melarikan diri.Polis mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham disyakki sebagai penyamun yang telah melakukan rompakan dan sebilah parang telah dijumpai didalam kereta berkenaan.
Hmmmm..Saya termenung sebentar cuba memikirkan fakta fakta yang didapati.Ada yang tak kena dengan kenyataan kenyataan polis berkenaan.Pertama sekali jika allahyarham adalah perompak dimana pulak dia telah melakukan rompakan sehingga polis boleh confirm yang mereka kejar adalah penjenayah berbahaya?Keduanya kenapa tetiba aje parang ada dalam kereta allahyarham?Mungkin juga parang diletakkan oleh individu individu tertentu untuk menguatkan dakwaan polis bahwa beliau adalah penjenayah.Sebab saya selalu mendengar cerita polis selalunya akan meletakkan bukti bukti palsu untuk menghalalkan tindakan mereka.Jadi kewujudan parang adalah amat misteri dan boleh dipertikaikan.Ketiganya pulak mengapa polis membiarkan rakan allahyarham melepaskan diri dengan senang sedangkan polis mengesyakki mereka adalah penjenayah?
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa ini.Pertama sekali kita orang orang melayu jangan sekali kali menyokong kezaliman sebab kezaliman tersebut akan kembali kepada kita.Apabila A Kugan mati didalam tahan polis kerana ditorture,majoriti orang orang melayu mengatakan "go to hell with him" sebab dia hindu.Bila Teoh Beng Hock mati didalam tahanan SPRM oranng orang melayu melayu mengatakan "go to hell with him" sebab dia cina DAP,musuh pada orang orang melayu .Malahan pada melayu UMNO,DAP ni lebih keji dari Zionist yahudi lagi.Tu sebab melayu UMNO menyokong tindakan PDRM dan UMNO menggajikan Zionist untuk melakukan kerja kerja upgrade perisian komputer PDRM dan sebagai kerja kerja perhubungan awam untuk UMNO dan Kerajaan Malaysia.
Sekarang budak melayu berusia 15 tahun telah ditembak oleh polis tanpa sebab yang wajar.Tak berbaloi dengan kesalahannya.Apa sikap orang orang melayu terutama UMNO? Didnt we want to say "go to hell with him"? After all yang tembak tu polis UMNO.Pada org org UMNO mestilah tindakan tersebut betul.Takkan tak betul kot?
Perisitiwa peristiwa sebegini menyebabkan saya semakin hilang hormat kepada PDRM.Terlalu banyk kes PDRM ni yang berat sebelah menyokong UMNO membuta tuli.Sekarang bila PDRM perlu kan sokongan dari masyarakat,mereka dapati tiada siapa pun yang nak menyebelahi mereka.UMNO pun tak mau nak sokong.Sebab apa? UMNO hanya nak mempergunakan PDRM sahaja.Bila keadaan begini sorry la kalau ada ketua cawangan,ketua bahagian yang sanggup bermati matian menyokong PDRM.
Pada saya allahyarham pun ada silap ,polis pun ada buat silap.Mungkin mereka tersilap tembak.Kesilapan boleh dilakukan oleh mana mana pihak.Walaubagaimanapun orang ramai membuka mata apabila pihak polis menjadi defensif dan mula merapu membuat pelbagai tuduhan kepada allahyarham .
Isu ini semakin panas apabila Ketua Polis Selangor mengeluarkan kenyataan agar ahli politik PR tidak celupar mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini.Poodah....Jika pihak polis menjalinkan hubungan yang baik dengan Pakatan Rakyat saya yakin Pakatan Rakyat tidak akan sebegitu celupar sebegitu.Masa ini lah pertolongan dari kawan kawan amat penting.Tetapi selama ini PDRM sentiasa menganggap Pakatan Rakayat sebagai musuh nombor mereka disebabkan "jenayah" PR menentang UMNO secara politik.Bagaimana Pakatan Rakyat nak bersangka baik dengan PDRM?
Sepatutnya PDRM yang dianggotai oleh sebahagian besarnya orang orang Islam perlu melihat diri sendiri,bertafakkur dan memikirkan "what had gone wrong".Jangan ingat diri tidka akan dipertanggungjawab diakhirat kelak.Jangan ingat kita sentiasa "invicible".Yang paling bestnya ialah kenyataan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mengugut untuk menarik polis dari rondaan dan menguatkuasakan undang undang. Sikap yang tidak profesional dan kebudak budakan.Seolah olah polis ini maksum dan tiada sebarang kesilapan.
Ketidakprofesionalan ini disebabkan pemilihan Ketua Polis bukan lah diatas dasar kredibiliti.Ketua Polis Negara dipilih atas dasar sejauh mana beliau sanggup patuh kepada UMNO dan sanggup menjalankan kerja kerja kotor mereka jika perlu.
Adakah pihak polis sedar ingin sedar dan memperbaiki diri mereka atau adakah UMNO akan menjalankan usaha usaha untuk memperbaiki PDRM? Jawapannya tidak selagi negara ini diperintah oleh UMNO.UMNO perlu kepada pasukan polis sebegini demi survivaliti masa depannya.Pasukan polis yang efisien,bersih dan hebat hanya menyusahkan UMNO sahaja
No comments:
Post a Comment