- UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini.Tanpa UMNO British tidak akan memberi kemerdekaan kepada negara ini.
- Pemimpin pemimpin UMNO telah berkorban segala galanya termasuk wang ringgit demi kemerdekaan negara.Malahan Tunku Abdul Rahman terpaksa berkongsi katil dengan Tun H S Lee dihotel kat London sebab tiada wang untuk sewa bilik berasingan.
- Siapa yang membekalkan api dan air kepada rakyat kalau bukan UMNO?Pembangkang mana boleh buat semua tu.Hanya UMNO yang mampu buat semua tu.
- UMNO adalah berpengalaman memerintah negara ini.Jadi menteri menterinya tak payah susah susah belajar nak mentadbir negara.Kalau parti pembangkang memerintah mereka terpaksa bertatih nak belajar menguruskan kementerian mereka.jadi mereka tak tahu nak tandatangan kat mana,apa yang nak diuruskan etc etc etc.
- Yantg tidak melaksanakan Islam ni bukan salah UMNO.Ugama Islam terletak dibawah Sultan,jadi Sultan la tak buat kerja tu(Alasan ini diberikan oleh salah seorang pemimpin UMNO Perak kepada datuk saya kira kira 30 tahun dulu.Allahyarham Datuk saya punya la percaya sehingga keakhir hayat nya .)
- Islam itu betul dan bagus tapi tak boleh diimpelementasikan dinegara ini.Takut nanti huru hara.
- DAP tu adik beradik komunis.Kalau tak sokong UMNO, DAP akan merampas kuasa dan akan membunuh orang orang melayu.DAP ni adalah musuh nombor 1 melayu.MCA dan Gerakan walaupun Cina tapi kita boleh kawal.
- Parti parti pembangkang sebenarnya dengki pada pemimpin pemimpin UMNO sebab pemimpin UMNO dapat jadi menteri.Itu sebab mereka asyik mencari salah Kerajaan UMNO aje.
- Orang orang UMNO ni sebenarnya anti pada Cina dan India ni.Tapi mereka tak boleh tunjukkan kat khalayak ramai.
- Wakil rakyat UMNO hanya untuk orang orang UMNO aje.Yang bukan ahli UMNO atau BN jangan dekat.
- Kalau jatuh UMNO,orang melayu pun akan jatuh juga.Hanya UMNO sahaja yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan bangsa melayu.
- Bila pulak UMNO ni rasuah.Ala..kalau PAS memerintah pun mereka pun akan rasuah juga.Boleh cakap la sebab PAS belum memerintah lagi.
- Betul la Pemimpin UMNO sedia ada ni tak boleh diharapkan .Tapi kat mana lagi nak cari?
- Mahathir dan PakLah buat banyak silap.Najib pulak sedang cuba membetulkan keadaan.Dia pening kepala terhadap segala penyelewengan yang berlaku.
- Kita orang orang melayu ni sebangsa.Tak ada bezanya antara kita.Berat sama dipikul.ringan sama dijinjing.
- UMNO dah pun melaksanakan Islam malahan lebih baik dari negara Islam yang lain.UMNO dah buat Tabung Haji,negara Islam lain ada ke? Masjid dibuat dan diberi peruntukkan.Pengajian Islam menjadi salah satu sabjek kat sekolah.Ugama Islam menjadi Ugama Rasmi negara,Indonesia pun tak buat begitu.Jadi Apa hendak lagi?
- UMNO sentiasa mengamalkan demokrasi.
- Yang bayar gaji kakitangan kerajaan adalah UMNO.Sesiapa yang menggigit jari yang memberi mereka makan adalah tidak mengenang budi.
- Sesiapa yang menyokong PAS akan menyebabkan negara ini mundur kerana kekolotan mereka.PAS adalah parti kolot
Ada banyak lagi .Lupa dah...Korang fikirkanlah samada betul ke hujah hujah mereka tu
No comments:
Post a Comment