Kontroversi pertama adalah semasa pemilihan calon.Beberapa nama telah disenarai pendekkan.Mujur baik Datuk Seri Anwar Ibrahim "stick to his gun" memilih Datuk Zaid Ibrahim.Ramai pihak agak bimbang memandangkan Datuk Zaid sememangnya "loose cannon" dpenuh kontroversi.Bagi pihak PAS pulak adalah kebimbangan mengenai sikap Datuk Zaid yang terlalu liberal didalam isu isu saperti "interfaith dialogue" ,saman pada Kerajaan Negeri Kelantan mengenai hukum hudud dll.Walaubagaimanapun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan jentera semua komponen PR mula berjalan lancar.
Manakala di pihak BN juga tak kurang kontroversinya diman kononnya UMNO meminta calon melayu,MIC pulak menuntut bakal Presiden MIC Palanivel dicalonkan.Gegak gempita mereka dibuatnya.Tapi pada saya semua itu hanyalah lakonan semata mata terutama bagi pihak UMNO.Mereka sebenarnya dah tahu pucuk pimpinan BN kan tetap memilih calon dari MIC "by hook or by crook".
Pemimpin pemimpin UMNO pula sedia maklum penyokong penyokong nya tak kisah sangat latar belakang calon calon berkenaan.Bangsa bukan melayu ke, yang ada rekod jenayah ke tidak menjadi persoalan kepada peny0kong penyokong UMNO.Mereka bising sebenarnya untuk menarik perhatian pimpinan UMNO.Bila mereka protes,cara berkesan untuk menutup mulut mereka adalah dengan memberi sogokan.Wang sogokan ini lah sebenarnya matlamat mereka bukannya isu calun melayu.Selepas pilihanraya ramai lah yang akan bertukar kereta baru.
Ada beberapa perkara positif yang berlaku yang menguntungkan Pakatan Rakyat.Antaranya:-
- Kerjasama antara komponen Pakatan Rakyat semakin erat tanpa sebarang masalah besar.
- Seorang lagi "Trojan Horse" UMNO Dr Halili keluar PKR dan masuk UMNO.Alhamdulillah bersyukur banyak banyak kepada Allah kerana satu lagi toksik dah berjaya dibuang.
- Tembelang PERKASA terurai apabila mereka menyokong calon MIC.Jelas apa yang mereka laung laungkan selama ni cuma lakonan semata mata.Mereka adalah proksi UMNO.
- Sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat adalah padu dan bertambah sebanyak 95 undi .Kesemua undi tersebut adalah padu dan benar benar nyata.Kebanyakan undi datangnya dari generasi muda dari saluran 3.INi yang merisaukan UMNO
- Ajal UMNO semakin jelas apabila mereka terpaksa menggunakan kekerasan dengan mengerahkan samseng samseng mereka saperti PEKIDA dan Pemuda UMNO malahan PDRM untuk menggganggu dan mengugut pengundi pengundi serta penyokong penyokong Pakatan Rakyat.
- Terlalu banyak wang rakyat yang dicurahkan untuk memenangkan UMNO.Purata adalah RM65K untuk satu pengundi.Hasil nya cuma majoriti 1725 sahaja malahan majoriti ini juga boleh dipertikaikan kesahihannya.Nothing to be proud of..
- Pakatan Rakyat dapat mengenalpasti kelemahan jentera pilihanraya saperti mana yang diakui oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.Post mortem dapat dibuat lebih awal sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13.
Pada pandangan saya memandangkan Hulu Selangor adalah kawasan pendalaman kita tidak boleh lari dari isu kemiskinan.Rakyat termiskin adalah penyokong tegar UMNO sebab mereka sekali sekala dapat bantuan UMNO.Justeru itu adalah lebih baik Pakatan Rakyat merangka dengna lebih tersusun program kebajikan untuk rakyat termiskin.Setiap individu didalam pakatan Rakyat perlu memberi sumbangan.Kita tidak ada sponsor yang kaya raya untuk membantu.Jangan jadikan masalah kewangan sebagia halangan .Bantulah setakat yang termampu.
Saya sendiri telah membantu dua keluarga fakir miskin penyokong tegar UMNO.Bantuan saya bukan banyak cuma RM80 satu keluarga sahaja setiap bulan.Barangan yang dibeli cuma bahan asas saperti beras,gula susu,kopi shj.Saya bantu mereka tanpa sebarang syarat dan saya tidka pernah membangkitkan topik politik .Cuma apabila tiba PRU 2008 saya berkempen kepada mereka sekali sahaja agar menyokong calon Pakatan Rakyat.
Apabila saya berjumpa dengan mereka selepas PRU 2008 ,mereka dengan bangganya memberitahu mereka telah mengundi calon Pakatan Rakyat dan DUN kawasan tersebut secara kebetulan sememangnya jatuh ketangan Pakatan Rakyat.Hanya dengan pertolongan yang sedikit saya tak perlu bersusah payah meyakinkan mereka.Mereka memberi sepenuhnya kepercayaan kepada kita.Saya minta maaf pada semua pembaca,bukan tujuan saya nak berbangga.Hanya nak menceritakan keberkesanan pertolongan yang sedikit itu.Pada golongan sebegini mereka menganggap " a drop kindness was like an ocean " pada sipenerima.
Program program kebajikan saperti ini wajar dibuat secara konsisten dan tidak bermusim.Jika bermusim maknanya sama lah kita dengan UMNO yang hanya nampak muka bila tiba pilihanraya. Kita perlu mencontohi Hizbollah dan Hamas.Mereka menjadi urat nadi kepada masyarakat Lebanon dan Gaza.Jika kita mengambil langkah yang sama, UMNO lebih cepat dapat ditumbangkan.
Walau bagaimanapun usaha usaha ini perlukan keikhlasan dan komitmen yang tinggi.Kita juga tidak boleh mengharapkan pujian atau bintang kebesaran.Kemungkinan besar tiada siapa pun yang tahu atau peduli sumbangan kita.Apa yang kita harapkan cuma keredhaan dan Allah SWT semata mata.
So,are we ready for that?
No comments:
Post a Comment