Mengikut The New York Times iklan ini ditempah oleh agensi Kerajaan Malaysia sendiri.Kosnya lebh kurang USD180 000.Wow hebatnya.First lady pun nak iklan juga ke?Persoalannya siapakah First Lady saperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia? Bukan ke Permaisuri Agung?
Tidak kah perbuatan sedemikian dianggap sebagai menderhaka dan memperkecil kecilkan Institusi Raja? Mengapa PERKASA tidak bingkas bangun dan menyuarakan kemarahannya? Jawapannya amat mudah.Jika UMNO yang buat semuanya dianggap sah disisi undang undang.Undang undang dan Perlembagaan Negara hanyalah untuk rakyat marhaen dan Pakatan Rakyat sahaja.Jika Pakatan Rakyat mengkritik sedikit sahaja Institusi Raja walaupun demi kebaikan Institusi berkenaan maka juak juak UMNO akan bertempik keseluruh negara melaungkan penderhakaan.
Kepura puraan UMNO ini perlulah diperjelaskan kepada rakyat jelata agar mesej mesej saperti ini dapat difahami oleh pengundi pengundi.Jangan biarkan isu ini berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakbalas dari Pakatan Rakyat..
Definasi Derhaka
Apa apa sahaja perbuatan mau pun kata kata yang dilakukan oleh rakyat biasa atau parti politik yang berkaitan dengan Institusi Istana yan tida persetujui oleh UMNO. UMNO berhak untuk menentukan samada sesuatu perbuatan,tulisan atau kata kata itu derhaka.Jika UMNO kata derhaka maka derhakalah ia.Jika UMNO kata tidak derhaka maka tidak derhakalah ia..
No comments:
Post a Comment