Lesen demi lesen judi diluluskan oleh pemimpin pemimpin UMNO.Sehingga sekarang sebanyak 72 lesen judi telah diluluskan oleh UMNO.Saya sebut disini UMNO dengan menghimpunkan sekali pemimpin dan pengikut mereka.Pengikut pengikut UMNO tidak wajarlah mencuci tangan dan berpura pura mereka tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab terhadap segala keputusan pimpinan UMNO.Alasan mereka tu sebenarnya adalah alasan klasik zaman berzaman apabila mereka diasak dengan isu isu sedemikian.
Setakat ini tiada protes langsung dari pengikut pengikut UMNO maupun ustaz ustaz UMNO.NGO NGO melayu bagaimana? PERKASA,PEKIDA,PPIM,GPMS dan lain lain yang pro UMNO hanya mendiamkan diri sahaja seolah olah isu ini bukan masalah kepada mereka.
Jadi betul tanggapan saya dan ramai orang selama ini bahawa judi pada pandangan mereka ada halal dan ada haram.Halal jika UMNO kata halal.Haram jika ianya tidak dilesenkan.
Pendapat hasil negara dari judi adalah halal dan darurah pada pandangan UMNO dan kuncu kuncunya.Mereka tidak merasa malu terhadap DAP yang turut sama menentang perkembangan judi ini.Dimana maruah dan harga diri orang orang UMNO ini?
Alhandulillah Allah SWT telah membuka pekung didada mereka.Bagaimana opah,atuk,tokwan,tok ki,kat kampung? Hendak bersekongkol dengan UMNO? Kita tunggu dulu dlam PRK akan datang samada isu ini ada memberi kesan kepada mereka.Samada wang judi yang disogok semasa kempen pilihanraya diterima oleh mereka dengan senang hati dan berkata "Alhamdulillah".Mungkin agaknya mereka berpendapat judi haram tapi hasil judi tak apa kot?
Bila melihat pegangan sebahagian besar orang orang melayu didalam isu ini saya amat merasa malu dan kesal.Kita telah menjadi bangsa yang tidak memiliki sebarang pegangan yan gkuat terhdap Islam.UMNO telah berjaya merosakkan bangsa melayu kepada tahap yang paling teruk . Persoalannya mengapa orang orang melayu ni bodoh sangat.60% masih lagi hendak mempertahankan UMNO yang bertanggunjawab terhadap semua kemelut yang melanda orang orang melayu.
No comments:
Post a Comment