Komen: Mufti Perak akhirnya memecah kebisuan apabil abeliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk langkah Najib Tun Razak meluluskan lesen judi bola.Pendapatan judi sebenarnya adalah salah satu sumber kewangan utama UMNO .Satu perkara yang sebenarnya sengaja dipejamkan mata 0leh ulamak ulamak didalam UMNO sendiri.Pada mereka ini bersalam dengan pemimpin pemimpin DAP adalah jauh lebih jijik dan haram dari wang judi dan arak itu .Manakala pemimpin pemimpin dan pengikut pengikut UMNO jika DAP sanggup menyogok mereka dengan wang saperti taukeh taukeh cina,label jijik itu akan hilang dengan sendirinya.Pada UMNO wang adalah segala galanya.Kesimpulan nya salah DAP pada UMNO bukan lah kerana mereka parti cauvanis cina dan melaungkan isu isu cina.
Wang walau apa pun jenisnya adalah halal pada UMNO.Cuma satu persoalan saya mengapa orang orang melayu sekitar 50%-60% masih lagi setia pada UMNO? Mereka pun turut menganggap hasil judi tu halal ke?
Artikel dibawah diambil dari http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2010/05/menentang-hukum-syarakmufti.html Dari mana dia dapat saya pun tak tau..
Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak
Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.
Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.
“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.
Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.
“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.
Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.
“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.
Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.
“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment