Friday, May 7, 2010

Kedah Mungkin Perlu Bersedia Untuk Menghadapi PRK Negeri

Sekarang ini Kedah didalam keadaan gawat.Pakatan Rakyat hanya mempunya majoriti 3 kerusi sahaja.Sama saperti Perak sebelum 8 februari 2008 dulu.UMNO dilaporkan sedang melobi kuat memancing ADUN ADUN PR.Pengalaman yang telah lepas memberitahu kita bahawa PKR adalah "the weakest link" didalam Pakatan Rakyat.Tetapi tidak semestinya PAS dan DAP selamat.Menteri Besar sedia maklum bahawa ada beberapa orang ADUN PR yang kurang berpuas hati dengan Kerajaan Negeri.Punca sebenarnya tak puas hati tu kurang jelas.Mungkin sebab tak dapat "direct award contract" atau pun konsesi balak kot.Kita lihatlah siapa pulak yang akan melompat kali ini.Adakah ketiga tiga ADUN PR ataupun ada juga dari DAP dan PAS?

Saya sendiri pun berpendapat MB Kedah perlu bersedia sebab kita kena ingat "everybody had its price".MB Kedah Datuk Seri Azizan telah memberi amaran jika seorang lagi melompat,beliau akan membubarkan DUN Kedah.Kalau tiga orang ADUN ditawarkan 50 juta sorang,terliur juga yop.Cukuplah dengan pengalaman di Perak tempohari.

Saya menjangkakan UMNO akan bermain lebih kotor kali ini.Penculikan kemungkinan besar boleh berlaku .Tiada yang mustahil dizaman Najib ni.Enjin kapal terbang dan kawasan telaga minyak pun boleh hilang.Inikan pulak ADUN ADUN tu.Tiba tiba aje keluar didalam sidang akhbar bersama Najib membuat kenyataan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri.Kononnya tidak menjaga kepentingan melayu,tidak menghormati Raja Raja Melayu..bla,bla,bla.Semua alasan tu memang kita dah selalu dengar dah.Tak payah buat sidang akhbar pun kita dah tahu alasan mereka.Kita tengok la nanti perkembangan selanjutnya


Berita lanjut didalam http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-bn-prepares-for-takeover-or-state-polls/#When:09:20:31Z

No comments:

Post a Comment