Sunday, May 23, 2010

UMNO dan Judi


Lesen judi bola telah pun diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO.Tiada sebarang bangkangan dari pihak UMNO samada pihak pimpinan atau pihak akar umbi.DS Najib amat arif tentang perangai orang orang UMNO dan orang orang melayu yang menyokong UMNO.Mereka tidak peduli walaupun seratus lesen judi pun yang diluluskan.Bagi mereka judi adalah perkara biasa didalam masyarakat melayu.Malahan mungkin juga sebahagian dari mereka adalah pengamal pengamal tegar 4 nombor ekor.


Hukum haram cuma bagi orang orang PAS dan PKR sahaja.Maknanya disini judi hanya jadi haram apabila Pakatan Rakyat memerintah.Orang orang UMNO akan memekik mekik dan terlolong lolong mengatakan ianya haram dan perlu di basmikan.Khir Toyo telah mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya tidak membasmi 4500 lesen judi.Poraah cit....Inilah sikap UMNO.Hipokrit tak habis habis.Lesen judi berkenaan diluluskan semasa pemerintahan UMNO dulu.Khir Toyo adalah salah seorang yang bertanggungjawab meluluskannya.Di anak bising pasal apa?Tapi sikap hipokrit UMNO menunjukkan seolah olah mereka tidak terlibat dengan proses pelulusannya.Penyokong penyokong UMNO pula menyakong secara membuta tuli sama saperti kaum Firaun dan Namrud.


Mana perginya demonstrator demonstrator "Takebeer"? Katakan mereka ni begitulah prihatinnya tentang halal haram.Muka mereka pun tak nampak. Manakala ulamak ulamak didalam UMNO pun turut sama membisu.Jamil Khir,Nakhaei dll terus senyap sunyi tanpa mengeluarkan sebaran kenyataan.


Kesimpulan yang dapat kita buat adalah halam haram disisi UMNo ada dua set.Satu set untuk UMNO dan satu set lagi adalah untuk umat Islam yang lain.Haram ialah jika pemimpin UMNO kata haram.Halal ialah jika pemimpin UMNO kata halal..Al Qura'an dan sunnah Nabi tidak menjadi panduan pemimpin UMNO.Mereka lebih suka mengikut sunnah pemimpin pemimpin mereka.Hasil judi adalah sumber pendapatan UMNO kerana taukeh taukeh judi memberikan sumbangan yang besar kepada UMNO.Maknanya disini operasi seharian UMNO sebahagian besarnya dibiayai oleh sumbe rsumber yang haram


Mari kita sama sama berdoa kepada Allah SWT agar membersihkan bumi Malaysia yang tercinta ini dai kekufuran yang dibawa dan dicipta oleh UMNO.

No comments:

Post a Comment