Saya pun tak tahu nak komen lebih lebih pasal PDRM ni.Kalau kita perhatikan bermula dengan isu tembakan membunuh keatas remaja di Shah Alam,kehilangan kereta rasmi Ketua Polis Negeri Selangor dan sekali lagi kes menembak Mat Rempit di Negeri Sembilan.Peristiwa peritiwa ini berlaku berturut turut sebanyak tiga kali.Mengapa agaknya begitu?
Pakatan Rakyat nak menganiaya polis? Pakatan Rakyat tak ada kerja lain nak buat melainkan memburuk burukkan imej polis sahaja? Pakatan Rakyat nak cari publisiti ke? Semuanya bukan.Saya merasakan segala peritiwa yang berlaku adalah sebagai "signal" daripada Allah SWT kepada PDRM supaya mereka memeriksa diri mereka sendiri kesilapan mereka selama ini.
Tiada siapa pun diatas undang undang Allah SWT.PDRM perlu mengaku bahawa mereka selalu tidak berlaku adil apabila berdepan dengan isu UMNO vs Pakatan Rakyat. Bukti dipalsukan saperti kes liwat DS Anwar Ibrahim dulu dengan penglibatan aktif dari polis sendiri.UMNO tidak akan berjaya melakukannya sendiri tanpa pertolongan dari pihak lain.Malahan pada pilihanraya 1999 dulu ada seorang pegawai polis diKedah telah cuba menghalang calon PAS dari memasuki dewan penamaan calon dengan harapan calon berkenaan di"disqualified"kan.
Saya sebenarnya merasa yakin dengan kebolehan serta kemahiran pihak PDRM.Pada pandangan saya PDRM adalah diantara pasukan polis yang terbaik didunia.Jika mereka lebih bersikap profesional dan neutral mereka boleh terus meningkat lebih maju lagi.Tetapi semua usaha usaha ini gagal jika UMNO mempergunakan mereka untuk kepentingan diri mereka.Yang meletakkan najis dikepala anggota anggota PDRM adalah UMNO dan bukannya Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat hanya mengkritik secara terbuka dan berdepan.Tidak lebih dari itu.Manakala UMNO merosakkan PDRM dari dalam tanpa disedari oleh PDRM sendiri.UMNO lah yang menghalang PDRM dari menjalankan tugas mereka.Beberapa orang pegawai polis kenalan saya seringkali merungut apabila mereka hendaka meneruskan kes kes yang melibatkan suku sakat UMNO seringkali mereka dihalang hanya dengan satu panggilan telefon sahaja.Ianya menyebabkan mereka hilang motivasi.Sebahagian dari kes kes seumpamanya kadangkala boleh kita baca melalui blog blog.
Saya berharap dengan tiga peristiwa berturut turut yang telah berlaku membuka mata hati PDRM.Mereka sepatutnya muhasabah diri sendiri dan memeriksa dimana silapnya.Insyaallah dari situ usah usaha untuk memperbaiki PDRM dapat dilakukan.Sekali lagi saya ingin mengingatkan PDRM jika mereka didalam kesusahan saperti sekarang tiada pemimpin pemimpin UMNO yang sanggup bersusah payah untuk datang membela mereka walaupun PDRM selalu menyebelahi mereka bila berhdapan dengan Pakatan Rakyat.
Sunday, May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment