Monday, May 11, 2009

Adakah kita Menuju Kearah Negara Polis -Siri 7

Rakyat Negeri Perak amat teruja dgn keputusan Hakim Abdul Aziz dari Mahkamah Tinggi PADA 3.34 petang 11 haribulan Mei 09.Tetapi kegembiraan mereka hanyalah untuk untuk 24 jam sahaja.Dr Zambry telah berjaya mendapatkan perintah injunksi menangguhkan keputusan mahkamah.Terbayang dibenak fikiran saya.Apa nak jadi dengan kemelut ini.UMNO dengan hati busuknya tak habis habis menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan yang mereka cipta sendiri.What are they trying to prove anyway???Sifat mereka yang tidak bertanggungjawab inilah yang memporakperandakan masyarakat dan negara. Imej negara jatuh dimata masyarakat dunia.

Semalam saya menerima banyak sms yang menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan mahkamah tinggi mereka.Tetapi saya telah mengingatkan mereka supaya jangan terlalu gembira.UMNO masih lagi boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan.Jika UMNO tak boleh membeli Hakim Mahkamah Tinggi,mana tau mereka bernasib baik dengan Mahkamah Rayuan.Walaupun mengikut perundangan adalah jelas dan tidak perlu sebarang tafsiran terperinci terhadap kes Menteri Besar Perak.Kes ini adalah kes "straightforward".Kita tunggu lah keputusan Mahkamah Rayuan.

Sekarang bukan UMNO sahaja yang dihakimi oleh rakyat tetapi sekarang giliran Mahkamah Rayuan pula dihakimi oleh rakyat.Mahkamah Tinggi telah pun lulus ujian apabila keputusan menyebelahi DS Mohd Nizar.Ini bermakna rakyat hanya menerima keputusan yang serupa dengan Mahkamah Tinggi sahaja.Sebarang keputusan yang memihak kepada UMNO akan dianggap oleh rakyat sebagai korup dan hakim hakim berkenaan telah pun dibeli oleh UMNO.Terpulanglah kepada Tuan Hakim Tuan Hakim Mahkamah Rayuan untuk menilai perkara ini.Pada kebiasaannya Mahkamah Rayuan jarang mengubah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi..Tetapi kita tak tahu,apa apa pun boleh jadi lepas ni.Didalam keadaan sekarang ini kepercayaan rakyat pada institusi institusi Kerajaan adlah amat rendah.Jika Mahkamah Rayuan bersidang dengan cepat dan secara tiba tiba keputusan tersebut menyebelahi BN tanpa hujah yang wajar ,kita faham lah apa yang berlaku.Saya merasa agak syak bila melihat Najib begitu confident dengan Mahkamah Rayuan.

Apakah akibatnya pada UMNO dan Perdana Menteri sendiri? Apa sahaja keputusan Mahkamah Rayuan hanya akan membenamkan imej UMNO dan Najib lebih jauh kedalam perut bumi.Mereka akan lebih dipandang hina oleh rakyat.Walaubagaimanapun kita sedia maklum.UMNO tidak peduli kepada pandangan rakyat.Yang penting bagi mereka adalah kuasa.Bila ada kuasa politik bermakna ada kuasa untuk merompak harta rakyat lebih lama lagi.Mereka tidak peduli halal atau haram.Integriti dan akauntabiliti hanya mainan bibir pemimpin UMNO sahaja.Mungkin sebahagian besar dari mereka tidak faham pun apa makna perkataan perkataan tu agaknya.Sebab istilah istilah tu adalah terlalu asing pada UMNO selama 51 tahun mereka berkuasa.

Persoalan yang timbul sekarang ini adakah Istana Perak boleh membubarkan DUN sekarang untuk menyelesaikan kemelut ini? Saya bukan pakar undang undang..Yang pastinya rakyat negeri Perak lah yang terpaksa menanggung kerugian angkara ciptaan UMNO.Saya difahamkan ranking pelaburan Perak telah jatuh dari tangga 6 kepada tangga 10 semenjak bermulanya krisis politik diPerak pada awal tahun ini.Adakah ini yang penyokong penyokong UMNO mau?

SEMOGA ALLAH SWT MENYELAMATKAN KITA SEMUA..
















3 comments:

  1. Salam,
    T. kasih kerana selalu ziarah ke blog saya.
    Saudara menulis sama seperti hati kebanyakan rakyat. Bukan di Perak sahaja.
    Susah nak kata mengenai negara kita sekarang. Negara Polis? Negara kuku-besi? entah nagara apa?

    ReplyDelete