Monday, May 18, 2009

BN ENGGAN BERTANDING DI PENANTI

Bila DS Najib mengumumkan keputusan tidakakan bertanding di Penanti ,segala keghairahan untk menghadapi PRK di sana menurun pada diri saya."Hampeh punya Najib..potong stim betul"rungut hati saya..

Saya sebenarnya agak terperanjat dengan keputusan Perdana Menteri.Sebab saya menjangkakan UMNO akan tetap bertanding walaupun tidak yakin menang.Ini lah sikap yan gdiambil oleh Parti Pembangkang saperti PAS,DAP dan lain lain.Malahan bila kita soroti kembali PRK tahun tahun sebelumnya jarang BN menang percuma tanpa pertandingan. Bertanding didalam PRK adalah penting demi maruah parti.PAS acapkali kehilangan wang pertaruhan namun mereka tetap dengna beraninya berhadapan dengan gergasi BN..
Apa dah jadi pada UMNO? Semakin lama semakin dayus? Dimana kehebatan BN selama ini? Masih lagikah beranggapan bahawa BN lah yang menongkat langit dan boleh melakukan apa sahaja yg kau suka? Pernah kah kamu rasa takut kepada Allah SWT? Pernah kamu terfikir dunai ini bulat dan berpusing?
Mengapa kamu perlu rasa takut sedangkan agensi agensi kerajaan dan pasukan keselamatan,taukeh taukeh berdiri teguh dibelakang kamu.Cuma rakyat sahaja yang tidak berdiri teguh dibelakang kamu..Apa peduli sama rakyat.Sedangkan diPerak kamu tak ambil peduli pada rakyat.Pada UMNO rakyat hanya lah manusia manusia bodoh yang akan diam saperti anjing garang yang diam bila dihulurkan seketul daging.Itulah yang dilakukannya selama 50 tahun.
Apabila rakyat enggan lagi diperbodohkan,UMNO dah mula kelam kabut dan simpang peranang.UMNO sekarang berada didalam situasi "ditelan mati emak,diluah mati bapak".Keputusan terbaru ini tetap mendatangkan kesan amat negatif pada UMNO.Balasan Allah SWT telah bermula pada kamu UMNO.Banyak lagi perkara yang tidak menyebelahi kamu yang akan kamu hadapi dihari mendatang.Jadi bersedialah..
Biasanya golongan yang terdesak akan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasanya..Kita telah melihat contoh diPerak ,bagaimana UMNO telah melanggar segala peraturan dan perundangan yang ada demi kuasanya.Saya menjangkakan UMNO akan menggunakan polis,SPRM serta badan kehakiman semaksima mungkin untuk mengekalkan kuasa.Maksud saya kemungkinan besar UMNO akan menuju kearah kediktatoran apabila mereka telah hilang harapan untuk berkuasa diatas jalan demokrasi..
Jadi kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...

No comments:

Post a Comment