Tuesday, May 12, 2009

Kemelut Politik Perak-Fungsi Istana


Pada pandangan saya pihak Istana Perak sendiri diharap tidak berdiam diri memerhatikan sahaja kemelut politik Perak ini.Samada suka atau tidak Istana turut sama terlibat secara langsung didalam kemelut ini..

Bila dua orang anak bertumbuk adalah tanggungjawab bapa untuk meleraikannya.Pihak Istana hendaklah neutral dan perlu dilihat neutral.Jika pihak Istana menampakkan berat sebelah pada mana mana pihak kemelut ini tidak mungkin dapat diselesaikan.PIhak Istana Perak perlu lah memandang berat terhadap imejnya yang terjejas teruk disebabkan kemelut politik ini.

Walaupun begitu Istana Perak masih lagi dihormati oleh kedua dua pihak.Malahan apabila YM Raja Muda melangkah masuk kedalam DUN tempohari,kedua dua pihak telah melupakan sekejap perbalahan mereka sebagai menghormati Baginda.Walaupun terdapat panggilan panggilan nakal agar menjadikan Malaysia ini sebagai republik,langkah itu bukan lah peneyelesaiannya.Saya yakin ramai yang tidak menerima cadangan sedemikian termasuk lah saya.
Apa yang rakyat minta hanyalah keadilan.Samada republik,Monarki BerPerlembagaan atau Monarki mutlak sesebuah negara tidak akan aman jika tiadanya keadilan.Keadilan inilah yang perlu ditegakkan.

Saya yakin jika Pihak Istana Perak mengembalikan hak rakyat ,imej Kesultanan Perak akan bertambah baik dikalangan rakyat.Persoalannya mengapa pihak Istana Perak masih berdiam diri sehingga sekarang? Sultan Perak telah pergi keluar negeri dan membiarkan Raja Muda terkapai kapai menangani kemelut ini bersendirian.Baginda hanya kembali apabila Kekanda Baginda, Raja Baharum mangkat.

Suka atau tidak tanggapan rakyat Perak sebenarnya amat negatif .Pusingan kali ini Pihak Istana tidak boleh menyalahkan sesiapa diatas tanggapan tersebut.Kerana kesilapan ini datangnya dari Istana sendiri.Keputusan yang dibuat seolah olah tanpa mengambilkira perasaan dan inspiriasi rakyat yang inginkan perubahan.Banyak khabar angin yang tersebar.Ada yang mengatakan Sultan telah diugut oleh Najib.Jika benar Tuanku tidak perlu bimbang.Rakyat Perak bersedia mempertahankan Tuanku pada bila bila masa sahaj jika dititahkan daripada kerakusan Najib.

Ada pula yang mengatakan kononnya Sultan Perak tidak mau Pakatan Rakyat memerintah disebabkan negeri ini akan dikuasai oleh Cina.Dan Cina DAP dengan rakusnya merampas tanah tanah orang orang melayu dan meminggirkan orang melayu.Isu ini telah dijawab dengan baik oleh DS Nizar jadi saya tak perlu lah mengulas lebih lanjut lagi..

Dan banyak lagi khabar angin yang malas saya nak tulis disini.Terpulang lah pada pihak Istana utk menjernihkan kembali kemelut ini.Caranya senang sahaja...BUBARKAN DUN,










No comments:

Post a Comment