Komen ini saya petik dari Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/104809
Saya turut berpendapat bahwa Chin Peng sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia.Jangan lah isu remeh temeh saperti tiada sijil kelahiran dijadikan halangan kembalinya beliau.Kita perlu menerima realiti bahawa Chin Peng adalah salah seorang yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia.Fakta fakta sejarah tidak berbohong cuma ianya diputarbelitkan oleh UMNO dan British demi kepentingan mereka.Silap Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan UMNO memang ada ketika menangani Parti Komunis Malaya.Mereka secara membuta tuli telah meneruskan segala polisi polisi tuan mereka British tanpa menilai terlebih dulu justifikasi polisi mereka.Parti Komunis Malaya bermusuh dengan British.British cuba memujuk mereka menyerahkan senjata amelalui perbincangan diBaling .Mereka dilayan sebagai penjenayah.Tiada siapa yang mempunyai maruah dan harga diri sanggup diperlakukan sebegitu.
Mujur baik Tun Mahathir telah mengubah polisi yang merugikan ini sehingga perjanjian damai berjaya ditandatangani oleh kedua dua belah pihak..Kita perlu mengkaji semula sejarah agar saperti mana pepatah orang putih " Let a spade be a spade,a spoon be a spoon".
Berikut adalah komen berkenaan......
Kenang jasa PKM, benarkan Chin Peng pulang
May 21, 09 3:58pm
Bekas tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia atas jasa besar gerakan gerila itu menentang penjajahan Inggeris, kata Citizens International.
Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri, tambah NGO itu yang berpangkalan di Pulau Pinang."Seperti juga Tun Abdul Razak Hussein, mantan perdana menteri kita, Chin Peng terlibat dalam gerakan penentangan terhadap kependudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua."Melalui perjuangannya menentang imperalisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita."Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya," kata pengerusinya SM Mohamed Idris.
Beliau juga berkata Islam mengajar umatnya berlembut walaupun pada musuh paling ketat seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad sewaktu kemenangan merampas Mekah."Kita patut mencontohi sifat besar hati dan belas ehsan yang ditunjukkan oleh Nabi sewaktu masuk ke Mekah dengan penuh kemenangan tanpa menumpahkan setitik darah," katanya."Chin Peng seorang pahlawan Malaysia yang bertarung menentang penjajah Inggeris sejak usia 15 tahun dan mengorbankan semuanya demi perjuangan membebaskan negara daripada jaringan kawalan, penundukan dan eksploitasi Inggeris."Usaha bekas setiausaha PKM itu - sebuah pertubuhan yang diharamkan - untuk pulang ke tanahair gagal melalui proses mahkamah apabila permohonannya ditolak 30 April lalu.
Dalam rayuannya kepada kerajaan, Mohamed juga berkata perjanjian PKM dengan Malaysia pada Disember 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap.Citizens International juga menggesa kerajaan menghormati butiran perjanjian tersebut yang dibuat 12 Disember, dua dekad lalu."Kerana PKM dan unit bersenjatanya telah dibubarkan dengan pengawasan angkatan tentera kita, jadi kerajaan Malaysia terikat dari segi moral dan perundangan untuk menunaikan tanggungjawab perjanjian tersebut," kata Mohamed, yang dikenali sebagai pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Tambahnya, kerajaan selama ini telah membenarkan beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad untuk kembali dan menetap di Malaysia. "Saya fikir, adalah adil dan saksama jika Chin Peng diberikan layanan yang sama (dengan mereka) apabila mengambil kira sumbangannya kepada negara dan usianya yang semakin lanjut," kata Mohamed lagi.
Beberapa pihak bagaimanapun membantah saranan membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini, antaranya ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee, Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.
No comments:
Post a Comment