Hari ni adalah sambutan besar besaran Hari Guru.Ahamdulillah berkat didikan guru guru dari sekolah rendah sampai lah ke universiti saya telah mencapai apa yang saya nikmati sekarang.
Mengenang kembali cikgu cikgu saya dulu,ramai yang dah meninggal dan bersara.Ada lagi saki baki ckigu saya yang dah nak bersara.Bila mengenangkan kembali segala jerih payah cikgu cikgu saya mencurahkan ilmu kepada saya,saya merasakan tidak terbalas budi mereka.Kena penampar,rotan adalah perkara biasa didalam hidup alam persekolahan.Tempeleng dan rotan inilah yang telah membentuk peribadi saya.Emak dan bapak saya sering memberi kerjasama kepada cikgu.Kalau saya kena rotan bila balik kerumah kena satu round lagi. Mereka tak mau terima alasan saya.
Tak pernah sepanjang persekolahan saya ada ibu bapa yang datang menyerang guru guru.Tiada juga saya dengar guru guru yang memukul anak murid sampai masuk hospital.Malahan kami bila bercakap dengan guru pandangan kami sentiasa tunduk dan jarang mengangkat mata.Bahasa kami juga adalah sopan dan tidak pernah meninggi suara pada cikgu.Cikgu pun sama juga.Bahasa yang digunakan adalah formal dan tak merapu.Sampai sekarang saya masih lagi takut dan hormat pada guru Disiplin saya yang telah pun berusia 70 tahun.Kebanyakan guru sentiasa dihormati kemana sahaja mereka pergi dikampung saya. Panggilan cikgu kekal sehingga akhir hayat mereka..
Bagaimanasekarang..Tak payah la saya cerita.Akhbar akhbar dah banyak menceritakannya.Anak murid panggil gangster pukul cikgu.Cikgu rogol anak murid dan mcm mcm cerita yg pelik berlaku disekolah..Kemana kah arah pendidikan kita?? Seolah olah nak membawa budak budak kebawah titi dan tidak keuniversiti..Salah siapa?? Salah semua pihak sebenarnya.
Akhir kata kepada semua guru guru saya yang budiman saya ucapkan :-
"SELAMAT HARI GURU 2009,CIKGU.TERIMA KASIH DIATAS SEGALA GALANYA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI CIKGU SEMUA "
No comments:
Post a Comment