Friday, May 22, 2009

Adakah Kita Menuju Kearah Negara Polis??? Siri 9

Setelah hakim hakim Mahkamah Rayuan bersidang dan memutuskan bahawa pemecatan DS Mohd Nizar oleh Sultan Perak adalah sah disisi Perlembagaan maka dengan rasminya fungsi DUN sebagai dewan yang paling mulia telahpun dikembirikan oleh UMNo yang sentiasa tidak bertanggunjawab terhadap negara ini jika sifat bertanggungjawab itu tidak dapat memenuhi kantung mereka dan kroni kroni mereka.Raja Petra menulis diblog beliau Malaysia Today dibawah tajuk "Najib’s latest strategy: perception war "....
At 3.00pm today, the Appeal Court will be delivering its decision as to who is the legitimate Menteri Besar of Perak. The Chief Justice, Tan Sri Dato' Seri Zaki Azmi, has been told to make sure the verdict is in favour of Umno.Zaki, in turn, has instructed the President of the Court of Appeal, Tan Sri Dato' Seri Alauddin Dato' Mohd. Sheriff, to tell the three judges -- Justices Abdul Raus Sharif, Datuk Zainun Ali and Ahmad Maarop -- to deliver the ‘right’ verdict. If they can’t get a three-zero verdict, then it must at least be a two-one verdict with Zainun ruling in favour of the opposition. Then the government would be seen as doing the ‘right’ and ‘fair’ thing and the opposition would no longer have any grounds to complain.
Tulisan beliau diupload pada 1.47 petang 22 hb Mei 09,lebihkurang 1 1/2 jam sebelum keputusan hakim hakim Mahkamah Rayuan.Maklumat dari Deep Throat beliau adalah tepat.
Seterusnya hasil daripada penghakiman itu dah cukuplah jika ada sesiapa yang dapat meyakinkan Sultan bahawa Menteri Besar telah hilang majoriti sokongan di DUN.Jadi tak perlu lah susah susah nak bawa bersidang kat DUN.Mungkin agaknya UMNO selepas ini menjustifikasikan bahawa persidangan DUN tak perlu sangat.Cukuplah antara exco,Menteri Besar dan Sultan bincang bincang dan buat keputusan sahaja .DUN boleh di "overule" begitu sahaja jika ianya bertentangan dengan kehendak UMNO.Kita mempunyai satu lagi kes iaitu isu perlantikan Speaker baru Perak.Kes ini telah pun dibawa oleh Speaker Sivakumar kemahkamah. Kita yakin nasib yang sama juga akan menimpa beliau.
Persoalan yang hangat diperdebatkan sekarang ini adakah UMNO akan membubarkan DUN agar kuasa memilih dapt dikembalikan kepada rakyat?? Pendapat saya tidak berubah.TIDAK ADA SEBARANG PEMBUBARAN DUN.Malahan UMNO telah pergi sejauh sekarang untuk mengelakkan pembubaran DUN.Bagaimana pula mereka secara tiba tiba setuju untuk membubarkan DUN?Nak buat apa mereka menjerat tengkok sendiri? Imej mereka tetap juga tidak berubah.Peluang mereka hanya 45% sahaja dan mungkin semakin kurang.Apa mereka peduli pada sokongan rakyat.Sekurang kurang nya mereka punya masa selama 3-4 tahun untuk bernafas lega dan memikirkan langkah selanjutnya untuk mengekalkan kuasa pada PRU 13 nanti.Kantong mereka juga saperti biasa dapat dipenuhi kerana sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan mencurahkan wang peruntukan yang banyak untukmengembalikan sokongan rakyat Perak.
Saya yakin mereka akan membalas dendam dan menggantung beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat agar majoriti mereka menjadi 2/3 di DUN.Kemngkinan besar "top of the list" are DS Nizar,Sivakumar serta Ngeh dan Nga.Jika dibawa kemahkamah,saperti biasa Hakim Hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan dah tentu akan membuat keputusan yang menyebelahi UMNO.
Seterusnya UMNO akan mengubah sewenang wenangnya semua perundangan Perak dan mungkin juga Perlembagaan Perak agar kuasa berpusat kepada pihak Istana dan tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak.Dan mereka juga akan memastikan pihak Istana sentiasa menyebelahi mereka. didalam apa jua keadaan. Kita perlu ingat disini Institusi Beraja adalah sebuah institusi yang bernyawa yang memiliki akal,perasaan dan kehendak sama saperti manusia biasa.Mind you they are not Prophets or Sages..
DS Mohd Nizar dan Speaker Sivakumar hendaklah terus membawa kes masing masing sehingga ke Mahkamah Persekutuan.Walaupun jauh disudut hati rakyat perbuatan tersebut kemungkinan sia sia sahaja.Tetapi ianya dapat membuktikan dimata rakyat bagaimana korupnya badan kehakiman ini.Haki hakim tersebut hanya berjaya memburukkan nama sendiri sahaja.
Bagi kita penyokong penyokong Pakatan Rakyat,perkara perkara begini terpaksa kita lalui demi menegakkan demokrasi sebenarnya.Akan banyak lagi tekanan tekanan dimasa akan datang yan gperlu kita lalui.Kesabaran yang tinggi amat penting.
Jangan harap la UMNO nak berubah.UMNO tidak akan berubah dan mereka enggan berubah. Sebab pada mereka sebarang perubahan kearah yang lebih baik tidak dapat memenuhi tembolok mereka.Cengkaman mereka akan semakin ketara selepas ini.Mereka telah mendapat semangat baru dari penghakiman terbaru ini.mereka tahu apa saja perbuatan mereka akan disokong oleh pasukan keselamatan dan badan badan Perundangan.
Kita telah pun mula berlari kearah NEGARA POLIS..

No comments:

Post a Comment