Friday, February 13, 2009

KEJATUHAN KERAJAAN NEGERI PERAK

Majoriti rakyat Negeri Perak masih lagi sedih diatas kejatuhan Kerajaan Negeri Perak.Melalui kajiselidik rambang yang dibuat oleh beberapa pihak mendapat majorit rakyat negeri Perak ingin pilihanraya semula diadakan.Keputusan yang didapati adalah sekitar 88%-97% menyokong pilihanraya.



Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak disebabkan oleh faktor faktor berikut:



1. ADUN ADUN PAKATAN RAKYAT MELOMPAT

3 adun yan gmelompat menjadi calon bebas yang pro BN.Saya rasa pelik,bebas tapi pro BN.mereka didapati mempunyai masalah peribadi semenjak awal lagi.Perkara ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.Mereka perlu memastikan kriteria calon pilihan agar jangan tangkap muat.Setakat hanya adun PAS sahaja yang belum melompat .Sejauh mana mereka dapat bertahan ?



Saya mendengar khabar khabar angin ada diantara ahli ahli PAS yang beranggapan wakil PAS tidak mungkin berpaling tadah..Jangan terlalu confident brother...Setiap orang ada harganya.Bila sampai harganya maka beubahlah hati.Cuma orang orang yang beriman harganya adalah syurga..Jadi susah sikit la nak bribe orang orang jenis ni.



Ketiga tiga ADUN berkenaan sedang dicari oleh pengundi pengundi..Dia mungkintakberani menunjukkan muka dla masa terdekat ni





2. KEPUTUSAN DYMM SULTAN PERAK YANG TIDAK SELARI DENGAN PERLEMBAGAAN



Mengikut Perlembagaan Perak jelas menunjukkan Menteri Besar cuma boleh di pecat melalui tiga cara sahaja:-




  1. Menteri Besar secara sukarela meletak jawatan

  2. Pembubaran DUN

  3. Undi tidak percaya didalam DUN

DYMM Sultan telah mengambil fungsi DUN dan bertindak seolah eolah sebagai "absolute monarchy" didalam melantik Menteri Besar baru .Rakyat jelata rata rata terperanjat dengan keputusan ini.Malahan dikalangan UMNO terdengar suara suara ketidaksetujuan diatas tindakan DYMM Sultan.Dah tentu tangan tangan ajaib memainkan peranan mempengaruhi keputusan Diraja.Nama nama saperti Anuar Zaini dan juga DS Najib Tun Razak disebut sebut sebagai orang orang yang bertanggungjawab.


Persoalannya mengapa pihak UMNO enggan membawa perkara ini keDewan Undangan Negeri?Katakan mereka memiliki 3 majoriti.jadi apa masalahnya??Mereka takut untuk berhadapan secara gentleman dan lelaki?

3. KELEWATAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN PEMBUBARAN DUN DAN LEWAT MENJAWAB ISU ISU SEMASA

Kesilapan di pihak Pakatan Rakyat juga turut menyumbangkan kepada kejatuhannya.Raja Petra didalam blognya Malaysia Today bertajuk "No two ways about it: DISSOLVE the Perak State Assembly (2 Feb) telah memberi amaran supaya pembubaran disegerakan tetapi Pakatan Rakyat lambat bertindak sedangkan tanda tanda amaran semakin jelas bahawa ketiga tiga adun berkenaan aka melompat pada bila bila masa.

Selain daripada itu kelewatan menjawab isu " tanah kerajaan diberi pada cina" juga memberi kesan kepada fitnah yang diwarwarkan oleh UMNO.

Apakah akibatnya pada rakyat Perak?

  1. Institusi Raja Berperlembagaan sudah mula tidak diyakini oleh rakyat jelata.Pertamakali dalam sejarah rakyat protes secara langsung kepada DYMM Sultan di Kuala Kangsar
  2. Budaya rasuah yang telah berjaya sedikit sebanyak disekat oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Nizar kembali semula menghantui pentadbiran negeri.Ramai orang bercakap jika Kerajaan DS Idris Jusoh dulu adalah proksi Patrick Lim,kerajaan Perak sekarang ini adalah proksi GAMUDA dimana puteri Baginda Sultan Perak adalah salah seoran gpemegang saham utama
  3. Kerajaan YB Dr Zambri amat goyang .Dengan kedudukan 28 BN dan 28 PR,mereka bergantung nasib pada 3 adun yang tidak boleh dipercayai pegangan mereka.Jadi Kerajaan Dr Zambri boleh tumbang bila bila masa sahaja .
  4. Rakyat Perak kehilangan Menteri Besar yang amanah.Sifat yang susah DR Zambri nak tandingi.Keprihatinan DS AhmadNizar pada rakyat datangnya dari hati bukannya berpura pura.

Apakah hikmah disebalik peristiwa ini?

  1. Membersihkan Pakatan Rakyat dari anasir anasir korup.MUngkin ada lagi yang akan melompat kerana wang
  2. Menguatkan lagi perpaduan PR dan masyarakat berbilang kaum
  3. Membuktikan kepada rakyat budaya korup UMNO
  4. Confimkan majoriti rakyat dibelakang PR,Ini yang menakutkan UMNO
  5. Menambahkan kesedaran berpolitik pada rakyat.Insyaallah negeri Perak akan melahirkkan ahli politik yang outstanding dimasa akan datang samda dari BN atau PR





No comments:

Post a Comment