Terpampang didada media media perdana seruan DYMM Sultan Selangor kepada Rakyat Perak.Baginda bertitah agar rakyat Perak tidak kurang ajar dan biadap kepada DYMM Sultan Perak..paparan berita adalah spt berikut:-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090213230213/Article/index_html
Persoalannya disini kenapa Baginda Sultan Sharafuddin tidak melihat perkara in secara keseluruhan..Apa yang rakyat Perak mahukan adalah keadilan bedasarkan undang undang .Sepatutnya Baginda menyalahkan pihak yang bertanggungjawab iterhadap berlakunya peristiwa protes berkenaan.Dalang yan gdimaksudkan adalah Najib dan Anuar Zaini.Bila kritikan berkenaan adalah berat sebelah ianya akan menambahkan lagi kemarahan rakyat.
Rakyat sekarang bukannya bodoh dan tak pandai menilai sesuatu perkara..Era zaman rakyat bodoh dan menerima sahaja apa yang disuap oleh UMNO telah pun tamat.Sekarang sesiapa sahaja yang memegang tampok kekuasaan perlulah menghadapi rakyat yang educated dan faham hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
Jika DYMM Tuanku Tuanku sedih dengan perlakuan rakyat Perak,saya yakin rakyat Perak adalah jauh lebih sedih dengan ketidakadilan yang berlaku..Cara apakah lagi mereka dapat menyuarakan protes mereka.Hendak menghadap Sultan mereka tak fikir akan diperkenankan.
Mereka sedih kerana kehilangan Menteri Besar yang amanah,tidak korup dan amat menghormati DYMM Sultan..Mereka sedih UMNO kembali berkuasa melalui pintu belakang dan mengenepikan Perlembagaan negeri.Mereka sedih kerana Negeri Perak dijadikan mangsa untuk mengukuhkan kedudukan Datuk Seri Najib didalam UMNO.Mereka sedih kerana hasil mahsul negeri akan dirompak oleh perompak perompak UMNO yang sedang menunggu peluang..
Persoalannya disini tidakkah DYMM Tuanku Tuanku dapat merasakan apa yang bergelora dihati rakyat jelata Perak??? DYMM Tuanku Tuanku adalah payong kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan ugama.Persoalannya kenapa ada golongan rakyat terutama yang menyokong Pakatan Rakyat dianaktirikan???
Saturday, February 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment