Saturday, February 21, 2009

SAYA LAH MENTERI BESAR











Dr Zamri telah mengadakan sidang akhbar demi sidang akhbar melaungkan dialah menteri besar Perak.Pertamakali dalam sejarah Perak seorang Menteri Besar terpaksa kesana kemari mengishtiharkan beliau Menteri Besar.Mengapa perlu susah payah begitu?Katakan majoriti rakyat menyokong beliau? Mengapa perlu kesana kemari dengan pengawal pengawal peribadi yang lengkap bersenjata jika beliau diterima oleh rakyat Perak?YAB Ahmad Nizar jarang sekali membawa pengawal peribadi sewaktu melakukan tugas tugasnya dulu. UMNO perlu ingat pihak yan gmempunyai kuasa mutlak memberi pengiktirafan adalah rakyat jelata.Tanpa pengiktirafan rakyat jelata jawatan tersebut hanya menjadi bahan ejekan dan cerca orang ramai.
Pertama kali jugalah "Menteri Besar" dan jemaah "exco" di gantung dari DUN oleh Speaker.Bukan sahaja di Perak tetapi juga di Malaysia.YAB Ahmad Nizar menyifatkan penggantungan mereka sebagai senjata makan tuan.Kuasa Speaker yang tidak boleh dicabar diberi sebegitu rupa oleh Barisan Nasional untuk menekan pembangkang didalam dewan dahulu.
Pertamakali juga lah "Menteri Besar Perak" dipanggil dengan pelbagai gelaran yang menghina saperti Mat Gelap,Keling,MB Halam (haram) dll.

Sementara itu Penggantungan tugas YAB Menteri Besar Ahmad Nizar telah memberi peluang untuk beliau pergi keakar umbi menjelaskan pelbagai isu yang menjadi tohmahan UMNO selama ini.Antaranya adalah isu tanah dan isu isu semasa yang lain..Sokongan kepada YAB Ahmad Nizar bertambah dari semua lapisan bangsa dan masyarakat."Rating" beliau naik bukan sahaja di Perak tetapi juga di Malaysia.Malahan beliau telah bertukar dari state level politician kepada national level politician.

YAB Ahmad Nizar tidak perlu bersusah payah memperkenalkan diri kepada rakyat Perak.UMNO sendiri secara tak langsung telah mempromosikan beliau.UMNO tersilap membaca pemikiran rakyat.Gone were the days where the public will swallowed everything BN forced in their throats..

Ada dua cara sahaja yg boleh dibuat..Samada menggantung demokrasi di Perak dan menjalankan pemerintahan diktator atau membubarkan DUN.Kedua duanya memberi akibat yang buruk kepada UMNO..

No comments:

Post a Comment